Monday, August 26, 2013

Minyak Kelapa *Dara*..KENAPA "DARA" ??

Soalan yang paling popular:
"Kenapa dipanggil minyak kelapa dara?"
"Macam mana nak tahu kelapa ni 'Dara' atau tidak?"


Mengapa 'DARA'?

Istilah DARA merujuk kepada 2 perkara iaitu :
penghasilannya daripada kelapa yang belum tumbuh tunas pada matanya dan juga penghasilannya yang tidak menggunakan pemanasan api.

Untuk pengetahuan semua, ada vitamin dan zat-zat tertentu yang akan mengurai dan seterusnya rosak pada tahap suhu yang tinggi. Justeru itu, minyak kelapa dara mengandungi semua zat-zat dan mineral semulajadi yang terkandung di dalam kelapa. Kerana itu ia dinamakan MINYAK KELAPA DARA.

Bagaimana menghasilkan Minyak Kelapa Dara?
Tanpa kepakaran, suasana dan peralatan yang bersih serta bebas daripada kuman, kebarangkalian untuk berjaya adalah 50% sahaja. Adalah lebih mudah untuk membeli sendiri minyak kelapa dara yang memang telah terjual di pasaran. Tetapi, jika ada yang ingin mencuba sendiri, bolehlah ikuti langkah-langkah di bawah ini:



  • Ambil sebiji kelapa yang masih belum bertunas matanya.
  • Semasa memecahkan, tadah air kelapanya.
  • Parut kelapa tersebut
  • Timbang air kelapa yang ditadah tadi dan juga timbang kelapa parut tersebut. Syarat utama dalam memproses minyak kelapa dara ialah jumlah air kelapa dan kelapa parut adalah sama kuantitinya. Oleh demikian, samakan berat mengikut jumlah yang tersedikit antara air kelapa dan kelapa parut.
  • Campurkan kedua-dua bahan tersebut dan perahkan santannya. Jangan sesekali menambah air lain.
  • Simpan santan di dalam bekas yang berbentuk silinder atau yang mempunyai permukaan atas yang terbuka luas dan tutup dengan kain bersih.Letakkan/peram dengan suhu semasa atau memadai tempat pemeraman tersebut hanya sekadar panas terik matahari tengah hari selama 21 hingga 24 jam. (ideal dengan menggunakan kepanasan belakang peti sejuk).
  • Sekiranya berjaya, ia akan membentuk 3 lapisan. Minyak kelapa dara berada pada bahagian TENGAH. Jika selepas 24 jam, tiada 3 lapisan yang terbentuk, itu bermakna usaha anda tidak menjadi dan buangkan sahaja.
  • Langkah seterusnya, buang lapisan atas dengan sudu. Ambil minyak kelapa dara pada bahagian tengah dan simpan.



UNTUK SEBARANG PERTANYAAN @ ORDER, BOLEH TERUS HUBUNGI

✎ private message :
https://www.facebook.com/pages/VCO-Treenea/192745960899216?sk=messages_inbox
☎ hotline : 012-9280896
✉ email : order.vcotreenea@gmail.com
☛ website : http://vcotreenea.blogspot.com
 
Kami sedia membantu anda..

 AWESOME TREENEAN’S
#Treenea. We share because we care.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Pesanan Anda Di Sini atau di Kotak Pesanan FB kami. Anda akan dilayan dalam masa 24 Jam. ^^ Thank You Darling

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sitegiant E-Commerce