Monday, April 28, 2014

KEPENTINGAN MINYAK KELAPA DARA UNTUK IBU HAMIL & BAYI


Minyak kelapa dara (VCO) diiktiraf sebagai 'functional food' (makanan yang membekalkan komponen kesihatan melebihi komponen untuk tenaga) dan bebas kolestrol amat disarankan diambil sebagai tambahan dalam menu harian bagi setiap wanita yang sedang hamil atau menyusukan bayi.

Kandungan 50% lemak tepu aktif (asid laurik) dalam VCO memberikan nutrien serupa dengan susu ibu serta bersifat antivirus, antibakteria dan antikulat/fungus semulajadi terbaik, manakala 6% asid kaprik dalam VCO pula berperanan meningkatkan antibodi dan keupayaan melawan jangkitan penyakit. Kajian mendapati ibu2 yang mengambil makanan berasaskan minyak kelapa akan meningkatkan 2-3kali ganda nutrien asid laurik dan asid kaprik dalam susu badan mereka. Justeru anak yang disusui mendapat manfaat optimum dan membesar dengan lebih sihat kerana sistem imunisasi badan lebih kuat.

Selain membekalkan tenaga segera yang mencegah rasa letih dan mengantuk, pengambilan VCO pada peringkat awal kehamilan juga membantu mengurangkan 'morning sickness' iaitu loya dan muntah di awal pagi atau alahan yang teruk. Ini kerana VCO berupaya memperbaiki kandungan asid di dalam rahim dan mengimbangi paras hormon wanita yang sentiasa berubah-ubah.

Bagi mereka yang pernah keguguran atau sukar mengandung juga disarankan mengambil VCO sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat kerana kelebihannya mengawal paras hormon dan kesuburan serta meningkatkan metabolisme badan. Proses bersalin secara normal juga menjadi lebih mudah dan lancar serta mengurangkan risiko komplikasi dan mengelakkan kelahiran tidak cukup bulan (pramatang).

Pengambilan VCO oleh ibu2 hamil juga akan mengurangkan sembelit/buasir yang sering dihadapi kerana ia memperbaiki sistem penghadaman dan pencernaan. Selain diminum/makan, ia juga boleh disapu pada perut, peha dan punggung untuk mengelakkan kesan regangan (strechmark). Lakukan ia secara rutin bermula pada pertengahan usia kehamilan. Kulit yang mendapat kelembapan dan kelembutan sepenuhnya akan mengurangkan tanda2 strechmark. Sapu juga pada betis dan kaki bagi mengelakkan kekejangan dan rasa tegang. VCO adalah pilihan paling baik untuk digunakan sebagai minyak urut bagi rawatan ibu2 dalam pantang. Sapuan pada luka bersalin juga akan mencegah jangkitan kuman, mempercepatkan proses penyembuhan dan mengelakkan parut.

Menurut Dr Joseph Mercola (pengarang Total Health Program) dan Rachael Droege (kedua-duanya merupakan pakar kesihataN).
"Minyak Kelapa Dara juga amat sesuai dijadikan sebagai losyen pada kulit untuk setiap peringkat umur, tanpa mengira usia."



UNTUK SEBARANG PERTANYAAN @ ORDER, BOLEH TERUS HUBUNGI

✎ private message :
https://www.facebook.com/pages/VCO-Treenea/192745960899216?sk=messages_inbox
☎ hotline : 012-9280896
✉ email : order.vcotreenea@gmail.com
☛ website : http://www.anacollection.net
 
Kami sedia membantu anda..


 AWESOME TREENEAN’S
#Treenea. We share because we care.





No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Pesanan Anda Di Sini atau di Kotak Pesanan FB kami. Anda akan dilayan dalam masa 24 Jam. ^^ Thank You Darling

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sitegiant E-Commerce